Kini...aku telah dikurniakan lima orang anak...pada 22 Februari 2012, aku telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.0 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada jam 6.35 petang..
Pada awalnya bertengkar juga dengan suami masa nak berikan nama anak...tetapi akhirnya Mohd Nasih B. Yusri telah kami berdua sepakati. Kata suami Nasih adalah ulama tabi' tabien...tapi bagiku aku suka nama Nasih ni sebab masa belajar dulu pernah membaca buku Tarbiyatul Aulad Fil Islam ( Pendidikan Anak2 dalam Islam ) yang ditulis oleh Abdullah Nasih Ulwan...
Bila Nasih dilahirkan...telah datang kecemburuan yang tak terhingga anak keempatku Ahmad Nu'man sementelah dia baru sahaja putus susu denganku ( susu badan )..pening kepala juga nak handle Nu'man ketika mengamuk tatkala melihat Nasih menyusu sehingga satu bab dia menghempas badan ke lantai kerana tak bagi Nasih menyusu..lama kelamaan alhamdulillah Nu'man boleh menerima Nasih dan sampai sekarang ni takder masalah aku nak susukan Nasih..sesekali Nu'man ada juga melepas gian..aku bagi jugalah sebab kesian...
Jadinyer sekarang dengan kehadiran Nasih sudah menjadikan ahli keluarga seramai tujuh orang...
No comments:
Post a Comment