Thursday, April 12, 2012

MTAQ kembali lagi....

        Bila sebut MTAQ..iaitu Majlis Tadarus Al Quran Sekolah - Sekolah yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia..sesuatu yang mengexcited dan merupakan minatku iaitu acara syarahan..sebabnya memang daripada bangku sekolah aku sentiasa mewakili sekolah dalam acara syarahan, pidato, bahas dan seumpamanya...sampaikan masa di MPRM pun peluang public speaking mewakili maktab tidak aku sia - siakan..




Tajuk-tajuk yang kusediakan utk protege
ku buat...hehehhehee
     So, dengan bakat yang Allah swt taala berikan kepadaku..aku mengorak langkah bakatku dengan menurunkan segala petua kepada anak didikku sementalah aku berkhidmat di SMK Datuk Abdullah, Astana Raja, Rembau ini...dan dalam pencarianku alhamdulillah aku menemui bakat - bakat yang jika kubimbing...i'allah mereka akan merasai apa yang pernah kulalui satu ketika dulu..




Menjadi Johan Daerah Rembau
        Salah seorang daripadanya adalah Mohd Amier B. Rosli yang sekarang berada dalam tingkatan 4 yang telah kuasahkan bakatnya daripada tingkatan 2 lagi..pada tahun 2011..syukur kehadrat Allah kerana Amier telah berjaya mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan yang telah diadakan di SMKA Al Irsyad, Seberang Perai,Pulau Pinang..


        Untuk tahun 2012 ni dan dikala ini...aku sedang mengatur strategi, menyiapkan dan mencurahkan serta meng'groomkan Amier dan seorang lagi bakat yang telah kuasah iaitu Aisyah Aladdin untuk peringkat Negeri Sembilan yang diadakan pada 14 april ini di SMK Jelai, Kuala Pilah. Sebelum tu..mereka berdua telah menjadi johan bagi daerah Rembau. Harapanku agar tahun ni menjadi rezeki bagiku untuk menghantar dua wakil sekolahku ini ke peringkat kebangsaan...Insyaallah..

No comments: